Wednesday, September 21, 2011

ape pon tak bley..

DAH

LAMA

TAK

UPDET

BLOG..


SEKIAN!

Friday, August 26, 2011

kafakifikubengfengkakfak

tersebutlah kisah seorang perempuan

apabila pulang dari solat terawikh

telah tergelincir dek selipar yang sudah haus terslide dan terduduk dan terpeleot kakinya

akibatnya kaki sudah membengkak

jalan pergi kerja pagi tadi dengkot-dengkot

apalah nasib badan....

sekian.

Thursday, August 18, 2011

akhirnya..

thank to u.

at last. selepas beberapi hari aku sakit perut.menyenggugut.


sab pon kan.kan.

Saturday, August 13, 2011

12 Ramadhan- Berbuka di Hj Sharin Low

assalammualaikum..

hari ini 13 Ogos bersamaan 13 Ramadhan, apa macam puasa korang ada ok? Aku alhamdulillah setakat hari ini dah 13 hari berpuasa. Puasa jangan tak puasa ye kauorang. hehe.

Ok semalam kami -aku, kak lyn shud dan zaty berkumpul untuk kesekian kalinya. aiceh berkumpul. C mek ti nih la yang lame tak jumpe. tapi sebenarnye baru bulan sebulan jerk. Mule-mule plan nk berbuka di redwok bangi. tapi fully booked. so takpelah aku habaq kt
kak lyn kita try haji sharion low neh. sebab aku dah pernah makan kat sana last month. bagi k.lyn no hp kedai tu skali tu terus direct line tokei dia. terimas k.lyn tlg call kan utk booking.


Sampai kat kedai tu dalam 6 lebih kot.Tgk tak ramai org lagi. Then tanye kt pekerja die ade tak reserve name azlin syuhada. P ronda-ronda sekali takdak. Erm takpalah. Oleh kerana kami smpai awal ade la tempat yang tak di reserve.

Oh, Restoran Hj Sharin Low ni kedai makan china muslim.Serul la nih promote kak aku.
Makanan dia memang sedap lah. Cuma mahal sikit. Tapi berbaloi.

Untuk bulan Ramadhan yang mulia ni dorang ade sediakan set makanan untuk berbuka..



tapi kitorang tak amik set pon. sebab lauk dia biasa-biasa jet utk set 1 tu.

Kitorang order menu lain.Sementara tggu makanan sampai kitorang pon pose la kan ape lagi.

bak kate kak lyn.muka suci jaa gamaq neh.

So ni menu makanan yang kitorang order.

beef soup with tofu-sedap melekat.

isi ikan dan butter
marmite chicken
prawn with salted egg-terbaik
Kailan ikan masin

Itu saje menu kami. Tapi sume memang sedap-sedap dan kami kekenyangan.
Oh untuk air, aku order air asam boi kasturi, zaty jus epal, kak lyn -ice lemon tea.

mata kuyu sebab kenyang amat. =p
Total makanan dan air =RM 108.50. Mahal cket kan. tapi takpelah berbaloi sebab sayur and udang fresh.Terima kasih utk kak lyn kerana sudi pick up i dari kerja dan zaty yg datang dari jauh nun selayang .haha untuk berbuka bersama kami. Jangan lupa mai raya pulok!

Love u olls! <3<3

Wednesday, August 3, 2011

hai apa khabar?

assalammualaikum

hello mello..

sudah sebulan aku tak updet blog neh. sory tak sempat nak luangkan masa untuk menaip.hehe

so sampai hari ini aku dah 1 bulan 1 minggu jugak kt tempat keja baru. setakat ni, bolehlah tapi still rindu tempat keja lama. sob sob. sangat lama kot utk aku ambik masa nak sesuaikan diri kat tempat baru nih. pagi-pagi naik bas mesti kata dalam hati "oh,cepatlah pukul 6,tak sabar nak balik" tak pun "oh, cepatlah hari jumaat tak sabar nak duduk umah" nampak? betapa macam payah nye aku nak berkerja dengan tempat baru ni. hari tu cakap ngn mak tak nak kerja. pastu mak terus sedih.adess. entahlah, tak tau ape yang payah sgt keja tmpt baru nih. tapi dari apepon aku cuba lah jugak smbil mengusha-usha company lain kot-kot ade kerja kosong.

part yg kedua.

aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua. Salam Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah terawikh dan ibadah sunat yang lain. tahun ni kat umah, bulan puasa biase-biase aje. kadang-kadang berbuka berdua je dengan mak ,sebab abah keja. sob sob.untuk minggu pertama puasa., syukur aku dpt balik pkol 5.lepastu balik as usual lah kan.dan dan aku hanya cuti raya sehari saje iaitu pada raya ke-4. takpelah janji x kena keja masa raya.

part yang ketiga.

ni aku seludup bukak blog kat opis. sebab skrg time rehat. takdelah orang nampak sangat aku menulis.heh.

ok semua, semoga aku ada keinginan untuk menaip dengna teruja pada masa akan datang.

bai.

Friday, June 24, 2011

goodbye uolls!

buh-bye oh!

today its my last day .

yes, saya tidak dapat smbung kontrak

tetapi alhamdulillah rezeki dari Allah tu tak kan putus

dan saya akan mula dengan kerja baru pada isnin depan.

Ingatkan dah tak dapat kerja tu, tapi last week HR officer tu call offer keje tu.

Syukur² sgt . tapi masa mula² dapat offer berfikir sampai tido tak lena.

Setelah solat istikharah, Alhamdulillah haraplah ini keputusan yang tepat.

Terima kasih bos, kawan-kawan kat sini, Minta maaf sekali lagi andai ada kata yg terguris hati dan perasaan. Terima kasih atas pengalaman kerja yang diberikan. Terima kasihlah untuk segalanya.

Doakan saya supaya berjaya di tempat baru. * masa bg ucapan tadi mesti nak meleleh T_T*


Monday, May 30, 2011

dan sebenarnya...

assalammualaikum

aku kan sebenarnya kan

tak-ade-lah

menjadi

sukarelawan sampai 3 hari tuh. hahaha.

tak larat weh, sebab hari pertama aku rasa memang aku dah menapak 10,000 langkah. eh ye ke?

tapi sumpah banyak langkah.keesokannya sakit sendi-sendi tulang kaki.

terus resign besoknye. tapi ok la, sehari tu pon dpt elaun makan rm30.hehe

tapi harap-harap lepas ini urusetia sukarelawan tu bolehla menyampaikan maklumat yang jelas , tepat dan padat.

supaya tak menyusahkan kami untuk berjalan jauh-jauh. haih.


Thursday, May 26, 2011

agak-agak....

Agak-agak kan ada tak untuk 3 hari esok neh

aku berjalan 10,000 langkah

sebabnya

kan

kan

kan

Aku adalah sukarelawan untuk Hari Belia Negara


event tu kan Jumaat sampai Ahad.

Tapi setakat ni tak tau lagi ape tugasnya.

Siapa-siapa yang akan menghadirkan diri ke sana, jangalah malu-malu nk roger saya ye.

See ya!

Assalammualaikum.




Korang dah tengok ke belum?

Assalammualaikum.

Jumaat malam minggu lalu aku dan kawan-kawan ku telah menghabiskan masa untuk menonton filem yang katanya akan menghangatkan pawagam-pawagam di seluruh Malaysia. Apelagi kalau bukan filer Nur Kasih the Movie. Sorry lambat untuk berkongsi cerita dengan anda.hehe. So korang dah tengok ke belum?

Nak tau tak bila aku tgk filem Nur Kasih tu, aku tak tangkap leleh langsung pon.Siap gelak-gelak lagi ada. Tapi adalah kawan aku tu memang berhelai-helai tisu die abeh.heheh. Bagi aku jalan cerita die ok la. Cuma kita bleh agakla apa akan jadi seterusnya kan. Ramai yang kate kalau tengok drama lagi berkesan ceritanya dan dramatisnya.Kalau nak bagi aku nangis pon elok bagi nur amina yang mati.Macam Adam mimpi tuh.Baru dramatis. Oh, ade satu scene yang aku rase agak kelakar dalam tu, bila nur amina membuat pose yang ala artes apabila tersedar setelah cedera akibat terkena serpihan kaca bila keretapi tu meletup mase dorg kat Jordan."Abg!Abg!"

So, mase tgh tgk tu aku intai-intai la gelagat penonton cket.Dan dan ada mamat row sebelah tuh, nangeh tapi cover-cover. Sorryla bro, kitorg yang site kanan awak ni nampak awak cover-cover nangeh taw. Sheweet jerk.Lepas abis movie terus laju dia keluar.Oh, lepastukan ade la pasangan suami isteri nih dan BABYnye yang aku rase baru berumur 5,6 bulan mcm tu kot, sit depan kitorg. Nicelah akak oii, bwk baby ang tgk wyg,mlm plak tu movie pkol 11. Sian aku tengok baby tu ,mesti sejuk,pastu bukannye die pandai tgk pon.Nasib die x merengek. haih. Kot ye pon ang xsabaq nk tengok. Tgkla waktu siang. Tapi lagi elok xyahla bwk anak anda tu ye.

Tapi aku rasa penyebab aku tak nangis langsung tgk Nur Kasih the Movie adalah kerana aku nk terkenc*%&@. hehehe.

So sape yang akan tengok filem ni, nanti share lah pulak korangnye review eh.


babai.




Wednesday, May 18, 2011

24 batang.

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan

nur liyana rabuan

Allah selamatkan kamu


selamat ulangtahun yang ke 24 yah!


♥♥♥