Friday, June 24, 2011

goodbye uolls!

buh-bye oh!

today its my last day .

yes, saya tidak dapat smbung kontrak

tetapi alhamdulillah rezeki dari Allah tu tak kan putus

dan saya akan mula dengan kerja baru pada isnin depan.

Ingatkan dah tak dapat kerja tu, tapi last week HR officer tu call offer keje tu.

Syukur² sgt . tapi masa mula² dapat offer berfikir sampai tido tak lena.

Setelah solat istikharah, Alhamdulillah haraplah ini keputusan yang tepat.

Terima kasih bos, kawan-kawan kat sini, Minta maaf sekali lagi andai ada kata yg terguris hati dan perasaan. Terima kasih atas pengalaman kerja yang diberikan. Terima kasihlah untuk segalanya.

Doakan saya supaya berjaya di tempat baru. * masa bg ucapan tadi mesti nak meleleh T_T*


Monday, May 30, 2011

dan sebenarnya...

assalammualaikum

aku kan sebenarnya kan

tak-ade-lah

menjadi

sukarelawan sampai 3 hari tuh. hahaha.

tak larat weh, sebab hari pertama aku rasa memang aku dah menapak 10,000 langkah. eh ye ke?

tapi sumpah banyak langkah.keesokannya sakit sendi-sendi tulang kaki.

terus resign besoknye. tapi ok la, sehari tu pon dpt elaun makan rm30.hehe

tapi harap-harap lepas ini urusetia sukarelawan tu bolehla menyampaikan maklumat yang jelas , tepat dan padat.

supaya tak menyusahkan kami untuk berjalan jauh-jauh. haih.


Thursday, May 26, 2011

agak-agak....

Agak-agak kan ada tak untuk 3 hari esok neh

aku berjalan 10,000 langkah

sebabnya

kan

kan

kan

Aku adalah sukarelawan untuk Hari Belia Negara


event tu kan Jumaat sampai Ahad.

Tapi setakat ni tak tau lagi ape tugasnya.

Siapa-siapa yang akan menghadirkan diri ke sana, jangalah malu-malu nk roger saya ye.

See ya!

Assalammualaikum.




Korang dah tengok ke belum?

Assalammualaikum.

Jumaat malam minggu lalu aku dan kawan-kawan ku telah menghabiskan masa untuk menonton filem yang katanya akan menghangatkan pawagam-pawagam di seluruh Malaysia. Apelagi kalau bukan filer Nur Kasih the Movie. Sorry lambat untuk berkongsi cerita dengan anda.hehe. So korang dah tengok ke belum?

Nak tau tak bila aku tgk filem Nur Kasih tu, aku tak tangkap leleh langsung pon.Siap gelak-gelak lagi ada. Tapi adalah kawan aku tu memang berhelai-helai tisu die abeh.heheh. Bagi aku jalan cerita die ok la. Cuma kita bleh agakla apa akan jadi seterusnya kan. Ramai yang kate kalau tengok drama lagi berkesan ceritanya dan dramatisnya.Kalau nak bagi aku nangis pon elok bagi nur amina yang mati.Macam Adam mimpi tuh.Baru dramatis. Oh, ade satu scene yang aku rase agak kelakar dalam tu, bila nur amina membuat pose yang ala artes apabila tersedar setelah cedera akibat terkena serpihan kaca bila keretapi tu meletup mase dorg kat Jordan."Abg!Abg!"

So, mase tgh tgk tu aku intai-intai la gelagat penonton cket.Dan dan ada mamat row sebelah tuh, nangeh tapi cover-cover. Sorryla bro, kitorg yang site kanan awak ni nampak awak cover-cover nangeh taw. Sheweet jerk.Lepas abis movie terus laju dia keluar.Oh, lepastukan ade la pasangan suami isteri nih dan BABYnye yang aku rase baru berumur 5,6 bulan mcm tu kot, sit depan kitorg. Nicelah akak oii, bwk baby ang tgk wyg,mlm plak tu movie pkol 11. Sian aku tengok baby tu ,mesti sejuk,pastu bukannye die pandai tgk pon.Nasib die x merengek. haih. Kot ye pon ang xsabaq nk tengok. Tgkla waktu siang. Tapi lagi elok xyahla bwk anak anda tu ye.

Tapi aku rasa penyebab aku tak nangis langsung tgk Nur Kasih the Movie adalah kerana aku nk terkenc*%&@. hehehe.

So sape yang akan tengok filem ni, nanti share lah pulak korangnye review eh.


babai.




Wednesday, May 18, 2011

24 batang.

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan

nur liyana rabuan

Allah selamatkan kamu


selamat ulangtahun yang ke 24 yah!


♥♥♥




Monday, May 16, 2011

kentuit betuit

okei aku sakit hati dengan blog nih atau internet kt ofis aku nih.

aku beriye dah taip entri yang sebelom ni

siap ade gambar bagaih

sekali xbleh nak post. kentuit.

aku siap dah tekan save. biar die jadikkan draft.

sekali bile aku tekan edit tgk² 3 rangkap perkataan je ader. kentuit lagih.

so takpelah.aku pon tekan lagi nk uplod gambar. dah siap dah sume.

bile tekan post. jadik lagih. menggugat kesabaran betul.

lepastu baru sat-sat nih aku mengigihkan jugak nak try post lagih.

tapi same jugak. sakit hati oih. last-last aku delete je gambar tu.sekali elok pulak die post kan.

fineeeee. dengki betul blog nih.

seeelaaamaat paaggi ciikgguu!

ntuk semua guru dan warga pendidik di luar sana

selamat hari guru yoo!

lebih-lebih lagi untuk

kakak i yg terchenta


kawan-kawan yang tersayang.aicheh
sab,timo,huda,ain
en lam alif mim
serta kawan² yang lain


tak dilupa untuk cikgu yang telah mendidik aku
dari tadika sehinggalah ke universiti.

terima kasih cikgu
jasamu tidaklah sekali-kali akan ku lupa.


Monday, May 9, 2011

sarung cincin.

Ini berita yang amat mengejutkan ini pagi,

Kawanbaikbaik saya mahu bertunang bulan depan.

gembira ada, sedih pun ada.

tapi tak tau lagi dapat pergi atau tidak.

Saya doakan yang terbaik untuk kamu berdua ye kawan. (=

Semoga majlis nanti berjalan dengan lancar.InsyaAllah.

who's next?

Friday, April 29, 2011

raya dah ker?

Aish cepat betul mase berlalu kan. pejam celik-pejam celik dah nak end of april dah. Lusa dah bulan 5, dua bulan lagi dah puasa, lepastu raya. ehem ehem jgn lupa ganti puasa korang, masa tak kan tggu kita. tak pasal-pasal - kene ganti berganda nanti. macam aku, alhamdulillah setakat ni aku dah abis ganti awal-awal. masa puasa 6 selalu aku buat. bukan ape, aku kan suka keje yang memudahkan aku. supaya nanti takdela tergopoh-gapah. erm, bile masa makin dekat neh, aku pon makin risau pasal keje.kontrak sampai end of jun. ikotkan macam nak sambung tapi macam nak beralih angin jugak. tapi tak tau la. bukannye tak mintak tempat lain. ade mintak. tapi belum rezeki untuk dipanggil. cuma kalau memang dah tak boleh , last choice aku ialah masuk audit firm.tapi tu lah, entahlah. banyak sangat lah nye kan.perbelanjaan makin bertambah, nak tak nak kene la carik keje yang gajinya cukup untuk menampung perbelanjaan, ade lebih baru bleh enjoi. giteww. haha.

eh korang dah beli baju raya? aku ingat tahun ni tak nak beli byk lah, sebab awal tahun ni je aku dah ade dekat 5 pasang baju. hee :D so igt utk raye tahun ni mungkin aku akan beli 2 atau 3 pasang jerk.ye, mcm famili aku pakaian utk hari raya adalah banyak.biasanya 4 atau 5. sebab sedara mara ramai yang nak diziarahi. lepastu open house lagi. eh tetibe tak sabar plak nak raya. alaa, cakap pasal raya, duit raya tak kumpul lagi.. nak bagi kat mak,abah, mak cik pak cik, anak bersaudara dana nak buah, ades, mampuih. tu la aku nih dok bercerita lagi pasal raya.. aa kene start kumpul dari skrg le. tidak nnti mana mau korek?

oh, minggu ni cuti 3 hari, yeay! isnin cuti gantian untuk hari buruh yang jatuh pada hari ahad. so mane lagilah aku kalau cuti panjang² ni , mestilah pulang ke kampung, tu pon sebab ade knduri arwah pak long. dah setahun rupanya. mase mmg berlalu dgn cepat. rase macam baru je lagi arwah pak long pergi. takpelah yang pergi tetap pergi kan. yang ade ni kite teruskanlah hidup.

so, sampai sini aje lah aku berceloteh, tibe-tibe dtg mood nak menaip dan bercerita kan. jumpe lagi u olls. hiiks.

Assalammualaikum.

alhamdulillah sudah 6 bulan ♥

Thursday, April 21, 2011

senang!



aku tak tahu apa yang kau mahu





nak bay-rock!