Wednesday, September 21, 2011

ape pon tak bley..

DAH

LAMA

TAK

UPDET

BLOG..


SEKIAN!

Friday, August 26, 2011

kafakifikubengfengkakfak

tersebutlah kisah seorang perempuan

apabila pulang dari solat terawikh

telah tergelincir dek selipar yang sudah haus terslide dan terduduk dan terpeleot kakinya

akibatnya kaki sudah membengkak

jalan pergi kerja pagi tadi dengkot-dengkot

apalah nasib badan....

sekian.

Thursday, August 18, 2011

akhirnya..

thank to u.

at last. selepas beberapi hari aku sakit perut.menyenggugut.


sab pon kan.kan.

Saturday, August 13, 2011

12 Ramadhan- Berbuka di Hj Sharin Low

assalammualaikum..

hari ini 13 Ogos bersamaan 13 Ramadhan, apa macam puasa korang ada ok? Aku alhamdulillah setakat hari ini dah 13 hari berpuasa. Puasa jangan tak puasa ye kauorang. hehe.

Ok semalam kami -aku, kak lyn shud dan zaty berkumpul untuk kesekian kalinya. aiceh berkumpul. C mek ti nih la yang lame tak jumpe. tapi sebenarnye baru bulan sebulan jerk. Mule-mule plan nk berbuka di redwok bangi. tapi fully booked. so takpelah aku habaq kt
kak lyn kita try haji sharion low neh. sebab aku dah pernah makan kat sana last month. bagi k.lyn no hp kedai tu skali tu terus direct line tokei dia. terimas k.lyn tlg call kan utk booking.


Sampai kat kedai tu dalam 6 lebih kot.Tgk tak ramai org lagi. Then tanye kt pekerja die ade tak reserve name azlin syuhada. P ronda-ronda sekali takdak. Erm takpalah. Oleh kerana kami smpai awal ade la tempat yang tak di reserve.

Oh, Restoran Hj Sharin Low ni kedai makan china muslim.Serul la nih promote kak aku.
Makanan dia memang sedap lah. Cuma mahal sikit. Tapi berbaloi.

Untuk bulan Ramadhan yang mulia ni dorang ade sediakan set makanan untuk berbuka..



tapi kitorang tak amik set pon. sebab lauk dia biasa-biasa jet utk set 1 tu.

Kitorang order menu lain.Sementara tggu makanan sampai kitorang pon pose la kan ape lagi.

bak kate kak lyn.muka suci jaa gamaq neh.

So ni menu makanan yang kitorang order.

beef soup with tofu-sedap melekat.

isi ikan dan butter
marmite chicken
prawn with salted egg-terbaik
Kailan ikan masin

Itu saje menu kami. Tapi sume memang sedap-sedap dan kami kekenyangan.
Oh untuk air, aku order air asam boi kasturi, zaty jus epal, kak lyn -ice lemon tea.

mata kuyu sebab kenyang amat. =p
Total makanan dan air =RM 108.50. Mahal cket kan. tapi takpelah berbaloi sebab sayur and udang fresh.Terima kasih utk kak lyn kerana sudi pick up i dari kerja dan zaty yg datang dari jauh nun selayang .haha untuk berbuka bersama kami. Jangan lupa mai raya pulok!

Love u olls! <3<3

Wednesday, August 3, 2011

hai apa khabar?

assalammualaikum

hello mello..

sudah sebulan aku tak updet blog neh. sory tak sempat nak luangkan masa untuk menaip.hehe

so sampai hari ini aku dah 1 bulan 1 minggu jugak kt tempat keja baru. setakat ni, bolehlah tapi still rindu tempat keja lama. sob sob. sangat lama kot utk aku ambik masa nak sesuaikan diri kat tempat baru nih. pagi-pagi naik bas mesti kata dalam hati "oh,cepatlah pukul 6,tak sabar nak balik" tak pun "oh, cepatlah hari jumaat tak sabar nak duduk umah" nampak? betapa macam payah nye aku nak berkerja dengan tempat baru ni. hari tu cakap ngn mak tak nak kerja. pastu mak terus sedih.adess. entahlah, tak tau ape yang payah sgt keja tmpt baru nih. tapi dari apepon aku cuba lah jugak smbil mengusha-usha company lain kot-kot ade kerja kosong.

part yg kedua.

aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua. Salam Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah terawikh dan ibadah sunat yang lain. tahun ni kat umah, bulan puasa biase-biase aje. kadang-kadang berbuka berdua je dengan mak ,sebab abah keja. sob sob.untuk minggu pertama puasa., syukur aku dpt balik pkol 5.lepastu balik as usual lah kan.dan dan aku hanya cuti raya sehari saje iaitu pada raya ke-4. takpelah janji x kena keja masa raya.

part yang ketiga.

ni aku seludup bukak blog kat opis. sebab skrg time rehat. takdelah orang nampak sangat aku menulis.heh.

ok semua, semoga aku ada keinginan untuk menaip dengna teruja pada masa akan datang.

bai.

Friday, June 24, 2011

goodbye uolls!

buh-bye oh!

today its my last day .

yes, saya tidak dapat smbung kontrak

tetapi alhamdulillah rezeki dari Allah tu tak kan putus

dan saya akan mula dengan kerja baru pada isnin depan.

Ingatkan dah tak dapat kerja tu, tapi last week HR officer tu call offer keje tu.

Syukur² sgt . tapi masa mula² dapat offer berfikir sampai tido tak lena.

Setelah solat istikharah, Alhamdulillah haraplah ini keputusan yang tepat.

Terima kasih bos, kawan-kawan kat sini, Minta maaf sekali lagi andai ada kata yg terguris hati dan perasaan. Terima kasih atas pengalaman kerja yang diberikan. Terima kasihlah untuk segalanya.

Doakan saya supaya berjaya di tempat baru. * masa bg ucapan tadi mesti nak meleleh T_T*


Monday, May 30, 2011

dan sebenarnya...

assalammualaikum

aku kan sebenarnya kan

tak-ade-lah

menjadi

sukarelawan sampai 3 hari tuh. hahaha.

tak larat weh, sebab hari pertama aku rasa memang aku dah menapak 10,000 langkah. eh ye ke?

tapi sumpah banyak langkah.keesokannya sakit sendi-sendi tulang kaki.

terus resign besoknye. tapi ok la, sehari tu pon dpt elaun makan rm30.hehe

tapi harap-harap lepas ini urusetia sukarelawan tu bolehla menyampaikan maklumat yang jelas , tepat dan padat.

supaya tak menyusahkan kami untuk berjalan jauh-jauh. haih.


Thursday, May 26, 2011

agak-agak....

Agak-agak kan ada tak untuk 3 hari esok neh

aku berjalan 10,000 langkah

sebabnya

kan

kan

kan

Aku adalah sukarelawan untuk Hari Belia Negara


event tu kan Jumaat sampai Ahad.

Tapi setakat ni tak tau lagi ape tugasnya.

Siapa-siapa yang akan menghadirkan diri ke sana, jangalah malu-malu nk roger saya ye.

See ya!

Assalammualaikum.




Korang dah tengok ke belum?

Assalammualaikum.

Jumaat malam minggu lalu aku dan kawan-kawan ku telah menghabiskan masa untuk menonton filem yang katanya akan menghangatkan pawagam-pawagam di seluruh Malaysia. Apelagi kalau bukan filer Nur Kasih the Movie. Sorry lambat untuk berkongsi cerita dengan anda.hehe. So korang dah tengok ke belum?

Nak tau tak bila aku tgk filem Nur Kasih tu, aku tak tangkap leleh langsung pon.Siap gelak-gelak lagi ada. Tapi adalah kawan aku tu memang berhelai-helai tisu die abeh.heheh. Bagi aku jalan cerita die ok la. Cuma kita bleh agakla apa akan jadi seterusnya kan. Ramai yang kate kalau tengok drama lagi berkesan ceritanya dan dramatisnya.Kalau nak bagi aku nangis pon elok bagi nur amina yang mati.Macam Adam mimpi tuh.Baru dramatis. Oh, ade satu scene yang aku rase agak kelakar dalam tu, bila nur amina membuat pose yang ala artes apabila tersedar setelah cedera akibat terkena serpihan kaca bila keretapi tu meletup mase dorg kat Jordan."Abg!Abg!"

So, mase tgh tgk tu aku intai-intai la gelagat penonton cket.Dan dan ada mamat row sebelah tuh, nangeh tapi cover-cover. Sorryla bro, kitorg yang site kanan awak ni nampak awak cover-cover nangeh taw. Sheweet jerk.Lepas abis movie terus laju dia keluar.Oh, lepastukan ade la pasangan suami isteri nih dan BABYnye yang aku rase baru berumur 5,6 bulan mcm tu kot, sit depan kitorg. Nicelah akak oii, bwk baby ang tgk wyg,mlm plak tu movie pkol 11. Sian aku tengok baby tu ,mesti sejuk,pastu bukannye die pandai tgk pon.Nasib die x merengek. haih. Kot ye pon ang xsabaq nk tengok. Tgkla waktu siang. Tapi lagi elok xyahla bwk anak anda tu ye.

Tapi aku rasa penyebab aku tak nangis langsung tgk Nur Kasih the Movie adalah kerana aku nk terkenc*%&@. hehehe.

So sape yang akan tengok filem ni, nanti share lah pulak korangnye review eh.


babai.




Wednesday, May 18, 2011

24 batang.

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan

nur liyana rabuan

Allah selamatkan kamu


selamat ulangtahun yang ke 24 yah!


♥♥♥




Monday, May 16, 2011

kentuit betuit

okei aku sakit hati dengan blog nih atau internet kt ofis aku nih.

aku beriye dah taip entri yang sebelom ni

siap ade gambar bagaih

sekali xbleh nak post. kentuit.

aku siap dah tekan save. biar die jadikkan draft.

sekali bile aku tekan edit tgk² 3 rangkap perkataan je ader. kentuit lagih.

so takpelah.aku pon tekan lagi nk uplod gambar. dah siap dah sume.

bile tekan post. jadik lagih. menggugat kesabaran betul.

lepastu baru sat-sat nih aku mengigihkan jugak nak try post lagih.

tapi same jugak. sakit hati oih. last-last aku delete je gambar tu.sekali elok pulak die post kan.

fineeeee. dengki betul blog nih.

seeelaaamaat paaggi ciikgguu!

ntuk semua guru dan warga pendidik di luar sana

selamat hari guru yoo!

lebih-lebih lagi untuk

kakak i yg terchenta


kawan-kawan yang tersayang.aicheh
sab,timo,huda,ain
en lam alif mim
serta kawan² yang lain


tak dilupa untuk cikgu yang telah mendidik aku
dari tadika sehinggalah ke universiti.

terima kasih cikgu
jasamu tidaklah sekali-kali akan ku lupa.


Monday, May 9, 2011

sarung cincin.

Ini berita yang amat mengejutkan ini pagi,

Kawanbaikbaik saya mahu bertunang bulan depan.

gembira ada, sedih pun ada.

tapi tak tau lagi dapat pergi atau tidak.

Saya doakan yang terbaik untuk kamu berdua ye kawan. (=

Semoga majlis nanti berjalan dengan lancar.InsyaAllah.

who's next?

Friday, April 29, 2011

raya dah ker?

Aish cepat betul mase berlalu kan. pejam celik-pejam celik dah nak end of april dah. Lusa dah bulan 5, dua bulan lagi dah puasa, lepastu raya. ehem ehem jgn lupa ganti puasa korang, masa tak kan tggu kita. tak pasal-pasal - kene ganti berganda nanti. macam aku, alhamdulillah setakat ni aku dah abis ganti awal-awal. masa puasa 6 selalu aku buat. bukan ape, aku kan suka keje yang memudahkan aku. supaya nanti takdela tergopoh-gapah. erm, bile masa makin dekat neh, aku pon makin risau pasal keje.kontrak sampai end of jun. ikotkan macam nak sambung tapi macam nak beralih angin jugak. tapi tak tau la. bukannye tak mintak tempat lain. ade mintak. tapi belum rezeki untuk dipanggil. cuma kalau memang dah tak boleh , last choice aku ialah masuk audit firm.tapi tu lah, entahlah. banyak sangat lah nye kan.perbelanjaan makin bertambah, nak tak nak kene la carik keje yang gajinya cukup untuk menampung perbelanjaan, ade lebih baru bleh enjoi. giteww. haha.

eh korang dah beli baju raya? aku ingat tahun ni tak nak beli byk lah, sebab awal tahun ni je aku dah ade dekat 5 pasang baju. hee :D so igt utk raye tahun ni mungkin aku akan beli 2 atau 3 pasang jerk.ye, mcm famili aku pakaian utk hari raya adalah banyak.biasanya 4 atau 5. sebab sedara mara ramai yang nak diziarahi. lepastu open house lagi. eh tetibe tak sabar plak nak raya. alaa, cakap pasal raya, duit raya tak kumpul lagi.. nak bagi kat mak,abah, mak cik pak cik, anak bersaudara dana nak buah, ades, mampuih. tu la aku nih dok bercerita lagi pasal raya.. aa kene start kumpul dari skrg le. tidak nnti mana mau korek?

oh, minggu ni cuti 3 hari, yeay! isnin cuti gantian untuk hari buruh yang jatuh pada hari ahad. so mane lagilah aku kalau cuti panjang² ni , mestilah pulang ke kampung, tu pon sebab ade knduri arwah pak long. dah setahun rupanya. mase mmg berlalu dgn cepat. rase macam baru je lagi arwah pak long pergi. takpelah yang pergi tetap pergi kan. yang ade ni kite teruskanlah hidup.

so, sampai sini aje lah aku berceloteh, tibe-tibe dtg mood nak menaip dan bercerita kan. jumpe lagi u olls. hiiks.

Assalammualaikum.

alhamdulillah sudah 6 bulan ♥

Thursday, April 21, 2011

senang!



aku tak tahu apa yang kau mahu





nak bay-rock!

bukan kot.



ter-nampak sesuatu yang dulu

ketika melintas jalan pagi tadi.

harap-harap lah bukan

hanya iras-iras jerk. haih.

Wednesday, April 20, 2011

sarapan pagi keluarga

Ahad baru ini punye cerita. lambat sikit mau kasi updet. bwk kamera pegi ofis, tapi keje datang dgn bergolek-golek. aiceh. akhirnya bwk balik kamera ke umah dan cerite saje lah di umah. oh hari tu memang dah teringin sgt nk belanje 1 fam bekfes kt mcD, tapi tak ckp lagi, just berniat dlm hati. sekali mak saje letak flyers mcD atas kusi. aiceh, jarang berlaku tu. aku pon tgk je la tak ckp ape-ape. lepastu di satu petang yang hening. " Dik, mak teringin laaa makan mek donel" elele. dah agak dah. so, aku pon ckp la aku mmg dah berhajat nk bnje 1 fam mkn mcD ahad pagi tu. tapi sygnye along n abg zahari xdpt join. nk blik shah alam hari sabtu tu jugak. so takpelah. plans utk ahad tu, pergi jogging dlu pagi-pagi dlm kol 7 ato 7.3o dah gerak g tasik. jogging dlm sejam cukoplah kan. eloklah kan lepas jogging lepastu melantak mcD :D ckp kt mak tak yah g aerobik sok, nnti lmbt. tu diaa, gelojoh sungguh, yela nk pegi mcD bangi, 10 minit baru sampei.


so setibanya ahad, semua plans berjln dgn lancar. lepas jogging, zupp terus pergi bangi, amik family breakfast set B murah jerk rm24.50 cmtu kots.lpas sarapan tgk ade pasar tani blkg pkns tu, ape lagi singgah le. dgn kasut jogging nye dah pkul 10 dah, org berniage pon nak blik dah.mak ad ela beli ikan n sayur-sayur cket dan tudung.haih mak aku nih. setel semua baru balik umah. habisla xtvt utk ahad tuh. lpastu aku dok mengliuk-lintuk je tgk tb.
mak dah ready nk g jogging. tapi nape mak menyengetkan badan. hiks.

abah khusyuk nk makan. almaklumlah jrg nak bekfes ala2 barat neh kan.


mak aku kalau tgkp gmbar mesti tak tepat pada objek. cth gmbr ni la. pastu aku suruh amik lg skali.

ni baru ok, tapi agak goyang-goyang-goyang.

motip lepas jogging melantak mcD?

Saturday, April 16, 2011

where is the love?

kadang-kadang

bila kurang bercakap

berkurang kasih sayang

tapi

bila dah terlampau kerap bercakap

boleh membawa kepada pergaduhan pulok!

haih.

Wednesday, April 13, 2011

buat kerja elok-elok.

aku sedikit kechewa dan mau aje tertonggeng dan bergolek-golek. mane tidaknye semalam aku
baru dapat tau yang aku nye claim ot tak boleh proses sebab aku forty-one. ok fine. tapi dalam
offer letter aku ada cakap yang aku bleh claim kerja lebih masa.dan orang kewangan sana terus menerus cakap empat puluh satu mana bleh claim ot. fine! aku takdelah bodoh mana , aku tau yang kalau gred 41 dan ke atas tak bleh claim.untuk perjawatan tetap. tapi aku adalah sambilan dan dalam kontrak ada cakap aku bleh claim. aku kalau sekali orang dah cakap tak boleh aku takdelah nak berbalas balik cakap boleh. tapi, bile aku ade kat tempat kewangan tu, staff die macam pandang jerk.so, aku pon accept jerk, dan cakap tak ape cis! terase macam darah naik kat muka. aku balik tempat aku tanye akauntan-akauntan yang lain. and diorang cakap boleh if dah tertulis kat kontrak mcm tu. tapi untuk masa ni aku taknak cakap lagi kt mamat yang twenty-seven tu aku bleh claim. aku nak pergi tanye bos die dulu.let say, if memang tak boleh. aku terima. tapi kalau boleh aku fotostat banyak-banyak kt ko mat!

Tuesday, April 12, 2011

mudah saja..

aku suka buat bende yang memudahkan diri aku,

yela bile bende sume dah setel kerja akan jadik mudah.

bleh spent mase untuk buat kerja yang lain.

contohnye, bile setiap weekend aku

akan gosok baju-baju kerja aku utk aku seminggu,

korang tau kan kerja gomen harusla berpakaian formal.

nasibla i ade koleksi pakaian kebangsaan yang agak berderet. heheh.

tapi aku mase zaman study pon mcm tu. dari matrikulasi lagi.

oleh sebab aku ni dulu kununnya telah terperasan orang kedah

sebab zaman study, dekat 5 tahun kat sane ,

kalau weekend tak jumaat atau sabtu aku mesti gosok baju siap².

mudah kalau ade plans nk meronggeng sana-sini lepastu.

gosok baju bukannye lame kan.

paling lame sejam,paling kejap setengah jam.

tapi kalau mmg weekend tu full dgn aktiviti,

mmg malas lah nk gosok baju utk seminggu.

gosok utk pakai sehari- dua jerk.

tapi aku memang akan ambik jalan yg akan menyenangkan kerja di kemudian waktu.

kalau bangun lambat ker,*tapi setakat ni takde terlajak lagi*

takdela terhegeh-hegeh baru nk gosok baju,ter- punch kad merah ker. takde.

kalau merah tu, mesti bas yg buat hal bukan aku.heheh.

so, korang camne? memang suke gosok baju tiap-tiap pagi ?

atau suke buat kerja yang memudahkan diri sendiri?

Wednesday, April 6, 2011

neslo-lo-lo

sakit badan-
sakit belakang

semalam tak boleh tido-
penangan neslo ais di tenghari-bagus!

masih memikir-mikir-dan-pikir

kenape pagi ini belum terbuka selera utk makan?

haih.

Tuesday, April 5, 2011

alahaih,,,

haish





apemacam ini




mau ke tak mau pegi



Monday, March 28, 2011

menggugat nafsu.

sila pastikan anda tengok ini selepas solat subuh
dan sebelum mkn tghari. elok dalam pkul 10 pagi.



ini serius.






aku serius.




bile





bab







makan.
tadaaa


abah yang macho bersama ikan keli yg dibakarnye.terbaekk okeh.


kerang rebus sebesen. ade bran?

udang kertak rebus. ade org pggil udang lipan.

ulam-tenggek burung. cili tu perhiasan je.

sayur cmpur

ayam pncen terbaik jugak.


ikan cencaru bakar.

smbal sotong


udang goreng kunyit


kete abah goreng tanah.
terbenam okeh.
oleh sebab hujan melampau.
lepas makan anak-anak dan menantu kene tolak.


okei cukop.sila lap air liuq anda
dan buat snrai lauk utk lunch nnti okeh.

hehe sory lmbt updet. bnde ni last week mase aku blik kmpong tuh
nak bubuh, x bubuh, smpai ari ni baru ade mase.
ikan,kerang, udang sume fresh kitorg beli dr pasar n masak ari tu jugak
sesiape yg teringin,meh le ikot aku balik kampong.hehe.
kite main masak-masak okeh.




Thursday, March 24, 2011

apa khabar mu di sana sayang?



hai boipren =)





rindus!

Friday, March 18, 2011

tak berkembang.

bulan mac

adalah bulan yang sangat

tidak produktif

bagi aku

untuk update blog.

betul kan?

lemau lagi.

utk 3 hari ini aku akan berada di luar kawasan putrajaya.

rindu bendang!

ok

buh-bai.

Saturday, March 12, 2011

tolong boleh?

aku kadang-kadang tak boleh bla,
dgn org yang tak reti nk ucap terima kasih
tak kesahla kalau tak ucap terima kasih.
ni, senyum pun taknak.
muka mmg pesen mak tiri sindirela.
orang dah bg kau duduk, kire baikla
buatnye aku duduk balik, smbung minum.
mesti kau sakit hati kan.
itula orang kite nih. maksud aku org melayu.
mak cik melayu,lebeh-lebih lagi. mcm tu ke nak ajar anak-anak berbudi bahase?
lansung x berbudi bahasa langsung. kot ye pon datang bulan, stress dgn anak-anak ker
senyum cket bleh? bukn kene byr pon. ye dak?

sorry la teremosi sikit. tapi kadang-kadang bende ni harus diambil berat.
harap aku pon bleh blajar dari bende ni.
senyumlah-senyumlah-ahai-chek-mek- molek. ;)

cold from peti aes.



beberapa jam yang lepas.
lokasi:putrajaya sentral.

8 march 2011
lokasi: istana kehakiman presint 3
aktiviti: makan nasik goreng paprik berkuahkan air hujan.hee :D

who's next?



Wednesday, March 9, 2011

lemau

blup

blup

blup

tenggelam.

malas nih nak hapdet blog.

malas nih nak buat keje.

oh, astro rosak. bagus!

seksa jiwa rage xdpt tekan remote astro utk bertukar-tukar cenel setiap 2 minit.

malam ni ade bola lah plak. harap-harap dpt tgk.

orang astro sila baiki smpi decoder aku tu sehat okeh. dah la hegeh-hegeh. haha.

bai.

Wednesday, March 2, 2011

dukachenta

dukalah amat duka untuk ceritanya

baru plans untuk ke kenduri kawin kakak cik liys

tapi tapi apakan daya

saya dipanggil untuk hadir ke tempat kerja pada hari tersebut

uwaaa =((

kene kerja pada hari sabtu tu.

apa boleh buat, kene lah dtgkan. harap² leh claim OT. =)

....
liys, sory sesangat xdpt pergi wedding ur sis ye.
xtau bile lg dpt jumpe u. huhu.


Friday, February 25, 2011

atas dan bawah, kiri dan kanan

keluar

dan

masuk

datang

dan

pergi

lama

dan

baru

aku?

bile nak keluarnye?

ades..



NAMPAK


MOTO NI

NAMPAK

KERETA NI

DAN

RINDUSS!

Thursday, February 24, 2011

kabare?

i'm bek..bek..bek..
eh mcm kambeng plak.
6 hari aku x jengok blog nih.
akibat kesibukan bekerja.
byk tugas nk kene bg setel
sebelom bos baru masuk.
lepas ni dah tukar bos,xtau la camne
agaknye gelagat bos baru eh.
okieh, lepas siap satu keje dtg pula keje yg baru dan dtg lagi keje.
inilah waktu-waktu aku bz.
klu waktu x bz, 15kali sehari bukk blog kan.
sampai tak tau nk wat ape dah.
tadi baru lepas setel lawatan dari student uitm dungun.
aku selamat dari bg talk kt dorg. tapi,tapi, lepas ni
if ade lawatan lagi. akulah yg kne uruskan.
sebab bos baru xtau nk masuk bile.
harap² la lepas ni aku boleh entertain dorg dgn sebaik mungkin.
time Q&A nnti la cmne aku nk taram jawapan tu. aku bukn xpert sgt
dalam hal² jabatan ni.hal kerajaan nih lagi.
so, as bos aku ckp
fikir logik ajelah nk bg jawapan nnti.
haih. kene study lebih la ni kan.
dan aku masih berpikir-pikir utk bekerja kambali
yg selari dgn bidang aku tapi byk tapi..tapi-nya.
macamane eh, smpai sekarang aku x bleh decide lagi.
so, takpelah smpai cni jerk aku taip dlu. besok klu aku free aku taip lagi.
baibai
assalammualaikum.

Saturday, February 19, 2011

mana ada?

sape yang rasa cerite macam tak best, silelah kuarkan balik kate-kate tu ye. macam aku la, mule-mule 125678kali berkire-kire nk tgk cite ni ke tak, sebab aku rase mcm cite ni..aahhh. mesti ntah hape-hape sebb lagu die mcm poyo. puas la member aku pujuk ajak tgk. akhirnya aku berserah jugak. mula-mula tgk certie ni mcm rase tgk drama okeh. sebab jln cerite die mcm agak lambat lah. ade 3+1 cerite hantu dlm filem ni. kalau aku cakap yang cerite ni lagi terkejut dari cerite khurafat, dan lebeyh kurang klakar habes mcm hantu kak limah balik rumah korang mesti tak percaye kan? tapi, sumpah dlm byk2 filem hantu aku tgk, cerite ni aku buleh sampai terjerit kaw-kaw punye sebab terkejut. haha. maluuu. nasib x ramai org. tapi sumpah mmg lawak habes la. watak bakri ngn ahmeng tu mmg klakar. paling-paling yg dlm hutan tu.so, marilah kite bersama-sama memartabatkan lagi filem malaysia. selamat menonton!

Friday, February 18, 2011

entah bile.

sangat tidak gembira perasaan pada waktu ini kot.

herm.

ia adelah diantara salah satu perkara yang belum pasti untuk menjamin mase depan.

teruk sungguh rasa.

Wednesday, February 16, 2011

korek idong dan calit

fine la kawan,

if u tak nak kecoh² pon i dah tau.

from ur kawan jugak.

sedikit terasa la kawan.

kata kawan kan.

tapi dah u ckp mcm tu.

faaaaaiinnnnnnnn.

Monday, February 14, 2011

updet ringkas.

saya sedang mengalami alam kesibukan dalam pekerjaan. haih.

mintak ampun jika lama tiada updet.

esok punye program sudah cancel.sob.sob. tiada jodoh antara kita.ceh.ceh.

cuaca 18 hari kebelakangan ni agak panas di sekitar putrajaya n kuala lumpur mungkin.

byk bnde nk cerite. tapi blom ade kuasa mau taip.buleh macamtu?

okeilah, bak kate lagu kalau ade umur pjg, boleh kite jumpe lagi. baibai.

*lady-ss, sile belajar jln utk ke putrajaya scpat mungkin.haha.

Tuesday, February 8, 2011

baibai sayang..


ah..ah.. akhirnya pergi jua kau ke sana

time kaseh mat google.

selamat tinggal abg safee sali.
aiceh abg, mampuih aku kene ketuks ngn istri die nanti
semoga dpt memantapkan lagi skill anda
dan menjadi pemain yang berkaliber utk negara Malaysia
dh abis kontrak nnti bleh main balik dgn selangor okeh?


Monday, February 7, 2011

selamat pagi cikgu!

*curik gambar nih.

hai, sab.
selamat meninggalkan bumi semenanjung yg terchenta ni
utk mnjadi pendidik yg berkaliber di bumi kenyalang sane.
sorry tak dpt ym dgn ko di saat-saat akhir. =(
tolong jage diri ye sab. jgn makan mknn yg mybbkan sakit dada
selamat jugalah menjalani hidup berdikari di tmpat org
jangan lupe aku taw. lpas ni tade org dah nk tmn aku ym
dikala aku boring.waa rindu nnti.
all the best wan nur sabrina.
semoga anda sentiasa dilindungi Allah.amin.


dan xlupe utk timo yg akn mngajar di bumi knyalang.
utk c ain kechik n huda juge. all the best korang. =)





ape cer?

helo helo helo
gong xi gong xi
welome homee guys
setelah bercuti panjang akhirnya kene kambali
semula bekerja seperti sedia kala.
bangun pagi pukul 6, berak, mandi, solat, minum susu
bertempek makeup, bersiap, berjlan pergi ke bus stop
naik bas, turun bas, berjalan, membuka pintu dan duduklah
di kerusi menghadap pc seperti hari ini menyambung kerja
yang tertangguh. oh, panjang mukadimah aku eh.

hem. ape citer cuti ari tu? balik kampong perak.balik umah tinggal
kemas sana sini, dan berjumpalah dgn puan dan muan T.
adel a 4 ekor anaknya. aish. menjerit sakan la aku. tapi
akhirnya pn n mn T telah mati di tgn abah.tido mlm x lena
sebab takot ade lagi pm. n mn. T tu. erm tapi, ade yg best
balik perak tu. hehehe. :* simpan dulu ah cite.

selepas 2 mlm di perak, pulanglah ke selangor .
aa ronda-ronda naik moto. tengak padi menguning.
bak kate orang jawe dah "panen". ntah betol x ejaan aku tu.
maksudnya dah musim mengerat la skrg ni. dpt la
pesawah2 hasilnya. mlm jjumpe anak buah yang byk celotehnye.
x larat nak layan. n last semalam pegi knduri dkt puchong.
lpastu pulanglah ke rumah. alhamdulillah selamat sampai.

so, korang plak ape bikin cuti 4 hari tuh?


Wednesday, February 2, 2011

cuti saje.

esok cuti, semalam cuti, hari ni pon aku cuti.. heh.. kesnye aku cuti ari ni sebab orang kat ofis ramai sangat bercuti. dan harusla sunyi sepi ofis aku tu. buleh kene tekanan jiwa kalau dtg.

semalam kan cuti hari wilayah, mak dah berhajat nak tido umah along semalam. so, isnin semalam kitorang gerak dr umah. umah along bukannye jauh pon kat shah alam. setengah jam je kot. oleh kerana semalam org selangor bekerje, jadik kitorg pon decide nk jln2 kt area sane. tak pegi mane pon. pegi JAKEL. along kate nak carik kain. mak pon, katenye sepasang. tapi bile dh pegi terus jadik 5,6 pasang. tak ke haru? aku yang x teringin carik pasang-pasang ni, terus dpt 2 pasang kain. haih. sedangkan awal tahun hari tu baru je beli kain pasang. aish, pengsan la nnti nk bayar duit tempahan baju tu. lpastu kitorg g klang, nk tmpah baju, kain yg beli tadi. kakak aku x igt, hntr smpai 11 psg. die tu mmg mereng cket. tapi almaklumla cikgu kan. hari2 jumpe anak murid yg same. kang komplen plak anak murid tu. dah setel tmph baju, kitorg pegi jusco bukit raja. aku nak carik perfume n handbag. along belanja. hee.. tak pernh taw die belanje. tu pon jenuh aku pujuk rayu =p.
neway, thnx along, sudi bwk kitorg jln2, bersungguh-sungguh masak utk mnjamu kitorg mkn, siap suruh dtg selalu. abah, paling hebat makan.hee, rindu kot masakan along

okeilah, akhir sekali petang ni ak nak blik kampong. pusing kepale pkir-pkir nak balik kampong ke tak. at last balik jugak, lepas kene pujuk ngn mak cik aku. dan rase mcm sgt sedeyh tak dpt pegi wedding azza n bujan. sob..sob.. insyaAllah klu ade mase ingin ketemu mereka.

so, happy chinese new year n selamat bercuti =)

Sunday, January 30, 2011

ape?

ape

nak

buat

4 hari

4 malam

kalau tak
ikot mak abah

balik kampung?

ade tak orang nak sleepover kat my house? hee =D

Friday, January 28, 2011

sumpah bizi.

untuk 2 hari ni aku memang bizi ya ammat.

aku x masuk bilik pon utk 2 hari ni. kecuali utk solat.

berchinta dgn mesin fotostet n mesin binding.

mesti mesin tu pon rase nk korek idong je asik tgk muke aku

sorry la sin, nk wat cmne dh ko je mesin yg aku kene pakai kan.

aku kene photcopy n binding helaian2 KPI utk meeting pengarah

2 mggu lagi. berapa copy? 50 copy. 25 utk tahun 2010 n 25 utk tahun 2011.

tak ke matik rase. bnde dh la mmg x nipis kan. berpuluh helai jugakla.

tapi yg paling x bleh bla, pagi tadi dpt lag 1. bak kate bos aku projek besar.

erm KPI untuk jabatan aku. kire2 dlm 90 page lebih n kene buat 17 copy.

matik. pembaziran kertas sungguh. tapi, alhamdulillah dpt siapkan

dlm masa 2 hari jerk. terima kasih kepada kak bed, zaty, kak lyn shud

dan kakak-kakak lain yang membantu n melayan perangai gile kami

akibat dah terlampau weng buat keje membinding tu.

tnpa bantuan korang xkn dpt keje tu siap utk 2 hari. =)

Wednesday, January 26, 2011

siape ingat ini?

setahun sudah berlalu
rupenye
cepat betul mase berlalu.

Tuesday, January 25, 2011

bila & mula

pada satu hari...

bila menghampiri tengahari

mula la lapar

bila dah sampai betul-betul waktu tengahari

mula la makan

bila dah habes waktu makan

mula la bekerja

tapi

bila je nak mulakan kerja

mula la mengantuk

sumpah mengantuk

bila je start meeting

mula la menguap

bile je abis meeting

mengantuk lagi

mengantuk dan mengantuk

sudahnye, tekan keyboard

tulis dalam blog

dan tunggu smpai waktu balik =p

aku le tu. hee

Sunday, January 23, 2011

sampahan

ini adalah cerita lama.
ade la 2 tahun dulu kot.
selak punye selak tetib ade lagi serpihan.
sila lah anda ke tong sampah.
bai.

Wednesday, January 19, 2011

pesanan dari yang amat ber..

selalu je nk mintak maap kalau dah lame tak updet blog kan. tak bleh ke nak mintak lalu ke, mintak penampar ke, mintak makan ke kan. tapi itulah hakikatnye kan. mintak maap ye orang kampong semua, rakyat jelata semua. saya lama tak mengupdet blog. baru 2 hari je kan. tapi rasa dah lama. sebab nye, aku takde idea nak taip ape, nak cerita ape. susah neh. aku kurang berpikir kebelakangan ni sebab tibe-tibe keje datang se-ge-book. hamek. smpai status kt ym pon kene boh busy. tu memang bz ye. jgn igt aku memain. tapi aku masih melayan lagi, jika ade org-org yang membuzz! sebab keje aku kn dengan komputer. takkan tak layan peminat i kan. hee. sila korek idong.

oh. esok cuti. selamat hari thaipusam. jangan gatal-gatal nak kurung diri dekat batu caves untuk mengharungi jalan yang sesak itu. duduk umah diam-diam. layan drama. makan. berak. tidor. jumaat sila datang keje semula ye.jangan malas. hehe.

ok lah chukoplah aku merapu untuk hari rabu ni. sila jumpe huruf s atau u atau h. untuk entri berikutnya.

:. nak pigi tengok khurafat. wayang pukul 11mlm. erk!
.: aku memang teringin nak jadik YB.

Monday, January 17, 2011

aku kan artis...

perasan tak , kalau artis disoal siasat oleh wartawan espesiali pasal hal cinta, cinta lapan belas segi ker, kunun dah clash ker, jawapan die mesti ade-ade macamni


artis 1: eh takade, kami kawan biasa je.kitorang sekarang pon dah xjumpe lagi dah. saya dah ade boyfriend. saya sayang boyfriend saya. *ulang la smpai seratustigapuluhdua kali nk bgtau yg die dh ade bf.

artis 2: no comment.ye, kami masih bercinta. selagi ring ni ade kt jari saya. we still together.blablabla



habis aku ni kan artes, aku kene jwb mcm tu jugak ker? hahahah




Thursday, January 13, 2011

pengakuan berani mati.

aku kan sebenarnye seorang yang kire berani jugakla. kire macam kalau tibe-tibe tengah mandi pastu blackout, takdenye aku nak menjerit macam tarzan. lagi satu kalau aku nk terbuang air kecil sangat-sangat even dlm keadaan gelap pon aku sanggup.tapi janganla toilet tu jauh sangat. even mase aku sekolah rendah dulu aku kene pergi kelas komputer kat sekolah, sedangkan sesi skolah aku waktu petang, aku kene pegi kelas komputer tu waktu pagi. sekolah aku jarak die memang jauh la. aku sanggup jalan kaki,sorang-sorang redah rumah orang, dengan anjing bagai. aku tawakkal jerk. jalan kaki dekat 2o minit la jugak.

ok panjang juga intro aku ni eh. sebenarnya nk cakap walaupun seberani-rani aku tapi aku adalah seorang yang amaattttt geli dengan c.i.c.a.k.kalau orang lain geli dgn lipas, tapi aku tak. kalau aku nmpk lipas, aku akan amik bnde-bnde yang bleh ketuk dia.hahaha. sampai terkeluar najis puteh.cuma bg aku cicak nih, memang la macam najis paling besar bg akuh. nk dijadikan cerita. mase aku lepas solat isyak semalam, aku tgh nk sidai kain telekung, aku ternampak sebijik tangan..aku dah agak dah tu tgn cicak. aku igt die memang tersepit biasa jerk. sekali rupe-rupenye cicak tu memang tersepit terus dan terus mati disitu.cicak macam saiz dewasa gitu.hahah. sian. aku memang tak sanggup la nk buang kan. pagi tadi baru aku suruh abah buangkan.

lagi satu,mase aku study dlu, duduk la kt meja study, aku bukak laci nk ambik ape ntah, skali nk tutup, tolak punye kuat la kan, mane tau ade cicak, sekali cicak tu tekepit betul2 kt permukaan laci tu. haaa. padan muka. aku terus menjeerit. geeeeeliiiiiiiiiiiii. pastu aku suruh rumet aku yang buangkan. hee :D
kalau aku nmpk cicak dlm bilik air pon, aku ketuk2 pintu tu suroh die kuar. tak sanggup aku nk mandi smbil cicak tu sekodeng aku. :P


Tuesday, January 11, 2011

mane ade ngumpat gosip jerk.

lately nih kan asyik bekerja dengan komputer. tak de kerja pon aku asik ngadap monitor ni je kan.
so bile dah lame-lame tgk monitor edit tu edit nih. kejap-kejap tu aku larikan la mouse pegi blogwalking ker pergi search itu search ini n yang paling penting aku pergi terjah website gossip artes. website yang aku selalu jenguk biasenye beautifulnara tapi skrg ni tengah isu hangat pasal:

  • angelina anak seorang artis wanita.....
  • isu ade orang yang tak puas hati dengan keputusan AJL25
  • fasha sandha
  • yang best aku suke tgk gmbar artis-artis bergaya kt AJL25 mase red carpet.macam-macam fesyen ade.
tapi aku suka la bace pasal artis ni. sebab ape ntah. korang xminat ker?

Monday, January 10, 2011

plan kene baik punyer.



marilah kita merancang aktiviti sepanjang tahun ini
semenjak dah ade planner ni
ape-ape je occasion atau event atau jemputan mesti tulis
tapi disebabkan masih lagi awal tahun kan
so takdela byk aktiviti sgt
dan
kepada sesiape yang berhajat untuk bertunang, bernikah dan berkahwin
atau yang ingin berjumpa berdua-duaan dengan saya
sila-sila lah bg tau..
insyaAllah anda akan dilayan =p

peng-umum-an

aku dah tukar name blog aku

kepada nama yang agak komersial commercial

dari kaler-kaler red.puteh.brown.

kepada nama aku sendiri dan nama bapak aku

sebab link fb aku pon menggunakan

nama ummy.ariff

rasa dah makin "muda" ni kena la menggunakan identiti sendiri.cehh








Saturday, January 8, 2011

selamat malam.

hai selamat malam hari sabtu. hari yang agak risau plus sedeh utk aku hari ini. mulanya cadang nak pergi kenduri kawin member aku punye abang n ade offer dari mak utk ke bandaraya kl menghabiskan duet tetapi akhirnya aku dan mak terpakse menghabiskan masa dekat 5 jam di unit kecemasan hospital putrajaya.al-kesahnya, sedang aku elok tido nganga selepas bergolek-golek lepas subuh nak amik mud tido balik, tibe-tibe mak panggil aku dengan air mata bercurah-curah. sudah, aku tutup mulut bukak mata.

aku: mak, kenape?
mak: pinggang mak sakit, mak angkat grill kt depan tu nk sapu bwh tu. tibe-tibe pinggang mak belah kanan ni sakit. tak bleh berdiri tegak.
aku: laaa yg angkat kenape kan bnde tu berat.
mak: mak nak sapu la. aduhh dik..
aku: takpela mak baring la, org sapu ubt panas ni. kot-kot leh lok sikit.

setelah sejam berlalu, sakit pinggang mak tak elok-elok jugak. terpaksela call kwn maknye mintak tolong hntrkan pegi hospital. abah keje plak tu.n along pon skrg dah duduk umah sewa sndri. so, terpaksala mintak bantuan rakan terdekat.

bayangkan la azabnye 5 jam dekat unit kecemasan tu, nk tggu turn. aku yg tak sakit ni xpela, tapi kesian kt mak, dah la nk duduh payah. masuk jam ke 3 dekat ctu, baru dia panggil. lepastu pergi x-ray sume. dekat pkul 2pm baru setel. alhamdulillah, xde tulang yg patah, xde yg crack pon. doc kate yg sakit tu sebab otot. mak kene rehat banyak-banyak 2,3 minggu ni.

aku bukan boleh mak sakit-sakit ni, risau rase. mase call abah pon air mate dah bergenang-genang.. hoho. risau la mak pon makin tua. isnin ni nk masuk 55 dah pon. aku pon dah x bg mak nk sapu2 umah ke ape. aku ade, biar la aku buat. kadang-kadang bukan xnk buat, tapi kene disuruh aku nih, hehe.

sayangilah ibu dan ayah anda selagi mereka masih ada =)

Friday, January 7, 2011

potong,potong..

hari jumaat memang hari yang agak selalu menguji kesabaran aku yang muslimah ini. berwap-wap dah muka aku menahan bengang mase beratur kt kfc tadi. okei, cube korang bayangkan, korang dah beratur dekat 20 minit dekat kaunter kfc tu, tinggal lagi 2 org lagi nk smpai kt turn korang, dengan tibe-tibe datang budak laki berpakaian sekolah rendah yang rasenye darjah 4 atau 5
zassss.. terus pergi depan kaunter, potong lineeeeee korang. terus budak tu jadik orang pertama.haaa itu la yang aku kene tadi. adoih dik oi, aku ni memang pandang budak tu besar-kecik-besar-kecik jerk.nasibla aku ni menahan kebengang-an aku tadi. tidak dah lame aku geget-geget kepala kau tau. orang lain pon lapar jugak dik. kot ye pon ko takot kena tinggal dgn mak ko toksah la potong line org. kat sekola pandai plak beratur nk bli makanan kan. lepas ni, aku kalau pegi mana-mana restoran fast fud aku nak pakai baju skola lah, mesti boleh potong line. err ~~

Thursday, January 6, 2011

sori..mama

jumaat lepas kan dapat cuti free. so aku memang memanfaatkan cuti aku tu dengan sebaiknyalah.aku bangun awal, lepas subuh memang tak tido dah. mak ajak pegi kl pon aku taknak. pkol 7pg dah bukak tivi. sapu rumah pon tak nak aku nih, lagi la mak suruh sidai kain. buat tatau jerk. sorry mem. buntuit berat nk buat keje. haha. pastu pkul 9pg mcm tu berjalan lah kaki dgn mak pegi pasar. smpai umah dekat 10 lebeyh. balik-balik bukak tv, aku dok la tekan2 remote astro nak carik cerita best, di hari cuti ni kan. pastu tertekan cenel 110 astro fiesta. dia tayang utk 3 hari jerk, sempena tahun baru ni. ade lah cite hindustan tajuk die 3 idiots. biase aku maleh nk lyn crite hindustan ni sebab bosan dgn tarian-tarian die. tapi kali ni tetibe aku berminat tgk 3 idiots ni. crite die mmg best la. x menyesal klu tgk. cerite yang boleh memotivasikan diri. dari aku kate nk tido pkul 1pm terus x jadik. tgk smpai habes. takdenye dlm crite ni nak menari seksi-seksi tayang buah dada ke hape. bukan cerite aksi jugak. tapi lebih kepada persahabatan dan mengajar kita supaya jgn mudah mengalah.berusaha hingga berjaya.cehh ayat mcm pakar kaunselor plak aku nih. siape yg belum tgk dan teringin nak tgk, blehla download ktwww. syok.org

Wednesday, January 5, 2011

time to sleep.

heloo enchik M.A ye M.A(medical assistant)

ape pasat kedekut sangat nak bagi aku surat mc?

aku batuk menggila mcm nk terkeluar isi buntuit

malam semalam, sekali nak pegi jumpa hang pagi

ni terus batuk aku jadik suam-suam kuku. hingus

pon takda. baik betul berlakon. dan akhirnya aku

hanya dapat time slip. niceeeee. takpalah enchik

MA, hang x bg aku sorat mc pon xpa, klu aku mc

pon aku still xdapat gaji. makanya baik aku cuti

lah still same takdak gaji. :P

.:mari telan ubat, biar tidoq smpai ternganga.

Monday, January 3, 2011

gambate oh!

selamat tahun baru 2011 korang-korang. maybe agak terlambat utk aku wish. dah hari ketiga lepas tahun baru, aku baru nk terhegeh-hegeh nk wish kan.biasa la tak berkesempatan utk mengadap internet sebab balik kampong kesayangan ade kenduri. makanya, aku hanya melihat bunga api dalam mimpi jerk. syukur Alhamdulillah kita dapat merasai lagi kehidupan pada tahun baru ini. permulaan hidup aku setakat ini, aku dapat sambung kontrak lagi 6 bulan. so bolehla kumpul duit.heh. tetapi keadaan diri tidak berapa sehat. hari pertama bekerja dalam tahun baru berkoh-koh sana sini. telan gula-gula hacks agak beriban. sebelum ni pon aku kata aku tak sehat kan. baik sekejab, pastu batuk balik. apelah nasib badan. sudah tidak kuat seperti dulu. untuk tahun 2011 nie aku harap semoga ianya lagi baik dari tahun semalam-semalam. ade improvement dalam hidup dalam kerjaya dalam diri dan dalam-dalam semuanya lah.insyaAllah. moga-moga dipermudahkan segala urusan untuk sepanjang tahun ini. amin.